USIANYA baru setahun setengah dan belum pun menjadi artis, tetapi si comel Lara Alana sudah pun tercalon sebagai Personaliti Media Sosial Popular Anugerah Bintang Popular BH ke-29 (ABPBH 29).
Bapa Lara, pengacara dan pelakon popular Awal Ashaari, 35 tahun, mengakui terkejut kerana tidak menyangka penganjur boleh menyenaraikan nama anaknya sedangkan dia sekadar anak selebriti.