Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Ayuh, mari bersama 'Malam Lawak Sastera'

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Ayuh, mari bersama 'Malam Lawak Sastera'

Oct 18, 2016 | 05:30 AM



JIKA anda sudah terlalu lama tidak ke Pangung Victoria atau tidak pernah menjejakkan kaki ke teater berpestij itu, mengapa tidak mengambil peluang menikmati keindahan tempat bersejarah itu sempena pementasan Malam Sastera Lawak anjuran Berita Harian pada 5 November ini, 8 malam.



Pementasan dengan kerjasama Majlis Seni Kebangsaan (NAC) itu menampilkan enam pelakon teater tanah air yang telah melibatkan diri dalam produksi teater di Panggung Victoria dari era 1980-an hingga setelah panggung itu dinaik taraf dengan kemudahan lebih canggih sekarang.



Mereka ialah M. Saffri A. Manaf, GT Lye, Norsiah Hamid, Junaidah Eksan, Zainal Ihim dan Ariff Isa.



Malam Lawak Sastera menampilkan sebuah pementasan selama 90 minit berjudul Sayang Di Sayang, yang menggunakan konsep drama radio, sekali gus memberi peluang kepada penonton melihat sendiri bagaimana sebuah produksi drama radio dihasilkan, lengkap dengan penggunaan pelbagai perkakas dan teknik bagi menghasilkan kesan bunyi.



Acara ini merupakan salah satu daripada 310 acara menarik yang disajikan bagi menyemarakkan Pesta Penulis Singapura (SWF) ke-19 yang akan berlangsung dari 4 hingga 13 November ini.



Dapatkan tiket Malam Lawak Sastera dengan harga $30 bagi dewasa dan $15 bagi pelajar menerusi Sistic (http://www.sistic.com.sg/events/cswf2016d).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >