Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Baru atau lama bukan isu, asal kongsi misi semarak industri muzik Melayu serantau

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

REAKSI KOMPOSER, LABEL RAKAMAN & PENGAMAT MUZIK

Baru atau lama bukan isu, asal kongsi misi semarak industri muzik Melayu serantau

Jul 22, 2016 | 05:30 AM



TIDAK kira artis muda atau mapan, kededuanya harus bersama mempertingkatkan industri muzik Melayu serantau.



Walaupun mungkin timbul tanda tanya mengapa artis 'ada nama' seperti Datuk Sheila Majid dan Yuna dipertandingkan dalam kategori Artis Terbaik (Wanita) seiringan dengan bakat baru seperti Isyana Sarasvati dan Raisa dari Indonesia, pihak komposer akur penyesuaian harus dibuat oleh kededua pihak.



Penyanyi dan penggubah lagu, Reyza Hamizan, berkata lumrah bagi artis mapan dan muda dicalonkan dalam kategori sama pada majlis penyampaian anugerah muzik.



"Setiap tahun, ada pelapis baru yang muncul dengan penampilan sendiri di sisi bakat veteran yang juga tampil dengan bahan baru.



"Bagi saya, persaingan antara artis veteran dengan baru ini sihat kerana ia memberi dorongan buat bakat muda dan veteran agar terus berkarya dan memberi nafas baru pada susunan muzik, lirik dan persembahan lagu.



"Persaingan sebegini juga dapat meriahkan lagi industri muzik Nusantara kita," kata Reyza.



Lagu ciptaan dan nyanyian beliau, Helah, dicalonkan dalam kategori Lagu Paling Popular (Singapura) bagi APM tahun ini.



Beliau menambah bahawa bakat muda seharusnya berasa lebih terdorong apabila mereka dicalonkan dalam kategori sama dengan artis veteran.



Penyanyi mapan tanah air, Art Fazil, pula mengulas:



"Saya rasa ia bukan isu bagi artis mapan dicalonkan dalam kategori sama dengan bakat muda asalkan penyanyi veteran itu mempunyai lagu baru."



Seorang penggemar muzik, Encik Sham A. Wahab, juga pengarah CMX International, Encik Sham A. Wahab, juga berpendapat bahawa artis muda lagi baru yang dicalonkan seiringan dengan legenda harus melihatnya sebagai satu pengiktirafan.



Penggubah lagu setempat Jaybon yang turut dicalonkan bagi kategori Lagu Terbaik (Singapura) bersama kumpulannya Forty 7, pula menambah bahawa karya seorang artis itu, tidak kira veteran atau muda, dinilai pihak juri berdasarkan lagu kiriman dalam sesebuah kategori.



Sementara itu, label rakaman pula mengirimkan bahan terbaik yang dijana oleh artis (tanpa mengira baru atau lama) sepanjang tempoh penilaian APM bagi pencalonan.



Pengarah Urusan Universal Music (Singapura dan Malaysia), Encik Kenny Ong, berkata: "Universal Music amat bangga dengan artis kami yang berjaya dicalonkan bagi APM tahun ini. Pencalonan ini menyerlahkan pembangunan berterusan kami sebagai label rakaman dan pelaburan yang kami usahakan selama ini. Ucap tahniah ikhlas buat semua calon."



Universal Music merupakan label rakaman Datuk Sheila dan Yuna.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >