Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Baru tiga tahun, anak Ning Baizura sudah tunjuk bakat menyanyi

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Baru tiga tahun, anak Ning Baizura sudah tunjuk bakat menyanyi

Ryan Sky Dalton tahu bezakan nada dan ada lebih 6,000 pengikut di akaun Instagram
Jul 26, 2016 | 05:30 AM



KE mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi. Pada usia tiga tahun, Ryan Sky Dalton sudah menunjukkan minat dan bakat menyanyi seperti ibunya, penyanyi bersuara soprano Ning Baizura Hamzah.



"Sejauh ini saya lihat Ryan tahu membezakan nada. Sekurang-kurangnya dia tak ikut macam suami saya," seloroh Ning semasa diwawancara media Singapura baru-baru ini.



Ryan satu-satunya anak Ning, 41 tahun, hasil perkongsian hidupnya dengan suaminya, Omar Sharif Christopher Layton Dalton.



Sedang Ning mempunyai lebih 215,000 pengikut di akaun Instagramnya, Ryan tidak kurang hebat dengan lebih 6,000 pengikut.



Beberapa video memaparkan kanak-kanak kacukan Melayu dan Inggeris itu sedang bernyanyi dimuat naik ke Instagram termasuk video Ryan menyanyikan lagu Raya dalam loghat 'mat salih'.



"Saya rasa Ryan lebih meminati muzik berbanding saya pada usia tiga tahun. Iyalah zaman sekarangkan lain. Umur dia satu atau dua tahun, saya dah bagi dia radio dia sendiri berserta pemain cakera padat. Jadi dia tahu, apabila dia bangun tidur, ada muzik," kongsi Ning tentang keletah anaknya itu.



"Dia memang suka muzik dan bernyanyi. Lagu apa yang saya nyanyi, dia pun nak nyanyi dan dia cepat tangkap. Apabila dia nyanyi, mesti dengan penuh perasaan," tambahnya.



Bagi memastikan Ryan akan dapat bertutur dalam bahasa Melayu dengan loghat Melayu, Ning menggalak anaknya menonton kartun Melayu seperti Upin dan Ipin.



"Dia jarang cakap bahasa Melayu, jadi saya kasi dia tengok kartun Melayu yang boleh ajar dia loghat orang kita," kata Ning sambil menambah bahawa beliau akan menyokong Ryan jika dia mahu menceburi bidang nyanyian kelak.



Sementara itu, setelah tiga tahun tidak menghasilkan album atau lagu baru, Ning akan kembali ke studio rakaman bulan ini.



Rakaman akan diadakan di Indonesia bagi lagu yang dicipta komposer dari negara itu.



"Hujung bulan ini saya akan ke Indonesia bagi merakam album dengan orkestra penuh. Album itu mungkin akan memuatkan 10 atau 12 lagu balada, pop dan R&B, sama seperti album-album lalu. Namun, saya tidak sabar kerana dapat bekerjasama dengan orkestra besar dan membuat rakaman secara live," kata Ning.



"Saya tak kisah kalau orang kata saya tak bekerja dengan orang Malaysia. Ia bukan tentang itu lagi kerana apa yang perlu saya hasilkan ialah sesuatu yang bermutu. Yang penting, lagu mesti bagus dan saya menghasilkan sesuatu yang memuaskan," tambah penyanyi yang terkenal dengan lagu Selagi Ada Cinta itu.



Album tersebut dijangka siap tahun depan.



Sedang bernyanyi bagi acara korporat dan rancangan televisyen terus menjadi keutamaan Ning, beliau juga sibuk menguruskan syarikat pengurusan acara HappeNings (M) Sdn Bhd.



Beliau turut bekerjasama dengan tiga lagi rakan kongsi bagi menjayakan The Conversation Studio, sebuah bilik pameran di Kuala Lumpur (KL) yang menyatukan jenama fesyen Romyda_KL dan hiasan dalaman oleh Linda Uzir Interiors.



"Saya dan seorang rakan kongsi menjaga bahagian fesyen. Kami menawarkan pakaian yang diimport dan sedia pakai oleh Romyda, seorang pereka fesyen dari Kemboja yang agak terkenal di peringkat antarabangsa.



"Walaupun studio ini baru dibuka pada 12 Mei lalu, ia mendapat sambutan hebat dan kami akan menyertai Minggu Fesyen KL bulan depan. Kemudian kami akan membawa jenama Romyda_KL ke Minggu Fesyen London pula," kata Ning.



Walaupun bukan pereka fesyen, Ning berkata beliau peka terhadap fesyen dan mahu melihat jenama yang dibawanya melangkah jauh.



"Saya membawa jenama Romyda_KL dan bekerja rapat dengan pereka agar beliau dapat menghasilkan sesuatu yang istimewa bagi minggu fesyen di KL atau London dan membawa nama Malaysia ke peringkat antarabangsa dalam dunia fesyen," ujar Ning.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >