Golongan Profesional Kesihatan Bersekutu (AHP) merupakan anggota penting pasukan bersekutu kakitangan perubatan. Mereka yang terdiri daripada kakitangan pelbagai disiplin seperti terapi pertuturan, radiografi dan fisioterapi membantu pesakit menguruskan kesihatan dan memainkan peranan penting bagi pencegahan dalam penjagaan kesihatan. FARID HAMZAH (farid@sph.com.sg) menemu ramah dua daripada mereka yang bekerja dalam kelompok institusi kesihatan di bawah naungan National Healthcare Group (NHG) sempena hari AHP yang baru berlalu.
KETIKA berusia 16 tahun, sedang remaja sebayanya menumpukan sepenuh perhatian pada peperiksaan, Cik Siti Nurhana Abdul Karim, terpaksa mengimbangi masa antara pelajaran dengan rawatan.