Premium
Beranikan diri naik pentas demi perkasa wanita lain
Nenek antara 12 wanita berusia 50 hingga 70 tahun berlakon kali pertama bagi kongsi pengalaman hidup
Oct 6, 2017 | 5:30 AM

BERLAKON PADA USIA SENJA: Cik Rosna Abdul Jalil memilih topik kesihatan, khususnya mengenai masalah berat badan, bagi persembahan beliau dalam acara anjuran pertubuhan tidak cari untung Persatuan untuk Inisiatif Wanita bagi Penuaan Berjaya (Wings). - Foto ZAINAL YAHYA -
CIK Rosna Abdul Jalil gemar berlakon namun tidak pernah berpeluang menonjolkan bakatnya itu, selain di dalam kelas sastera Inggeris di bangku sekolah dahulu.
Namun Sabtu depan, pada usia hampir 57 tahun, nenek seorang cucu itu akan beraksi dalam satu pementasan teater buat kali pertama dalam hidupnya.

