SETIAP kali diminta menghasilkan karya seni termasuk topeng adiwira, seorang insan kurang upaya yang ditemui seniman setempat, Encik Muhammad Izdiharuddin Nordin, akan menerapkan imej pelangi di dalamnya.
Daripada penceritaan pegawai yang menjaga dirinya di sebuah rumah jagaan, insan tersebut mengalami detik-detik hitam dalam kehidupan dan sentiasa mengharapkan pelangi meluputkan kesuraman yang dirasakannya.