Kecantikan seorang wanita bukan pada wajah atau bentuk tubuh semata. Kerap kali ia tersembunyi dalam jiwa wanita yang telah melalui banyak jerih payah. Apakah yang dilakukan tiga wanita mantan ratu cantik setempat dalam memperkasa jiwa wanita Melayu lain menerusi peraduan ratu dengan sentuhan berbeza? Siapakah antara wanita waja yang bersaing? HARYANI ISMAIL (haryani@sph.com.sg) mewawancara mereka yang menjayakan peraduan Miss/Mrs Singapore Malays International 2016.
MEREKA ingin menjadi suara yang dapat memperkasa wanita Melayu Singapura, baik yang bujang, janda mahupun sudah berumah tangga dengan keyakinan diri dan keupayaan menyumbang kepada masyarakat.