POPULARITI semalaman bukan milik Alif Satar apabila beliau memulakan kerjaya hiburannya pada usia remaja 16 tahun.
Sungguhpun proses meniti tangga jaya memakan masa 10 tahun buatnya sehingga akhirnya diiktiraf sebagai pelakon berkebolehan dalam drama Dia Semanis Honey dan pengacara power program hiburan MeleTOP Kebaboom, ia bukan sesuatu yang dikesali.