Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22

Bintang mapan bersaing sihat dengan bakat muda

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

ANUGERAH PLANET MUZIK 2016

Bintang mapan bersaing sihat dengan bakat muda

Taufik Batisah, Sufi Rashid dahului pencalonan terbanyak artis Singapura dalam enam kategori
Jul 21, 2016 | 05:30 AM



SAINGAN sengit antara idola mapan Taufik Batisah dan bintang baru Sufi Rashid boleh dijangka dalam edisi ke-15 Anugerah Planet Muzik (APM) 2016 yang bakal berlangsung pada 30 September ini di Teater MediaCorp.



Semalam, kededua penghibur dengan lautan penyokong di rantau ini diumumkan sebagai artis Singapura dengan pencalonan terbanyak dalam enam kategori.



Kategori itu termasuk Lagu Terbaik (Singapura), Ikon Media Sosial, Artis Paling Popular (Singapura), Lagu Paling Popular (Singapura), Lagu Paling Popular APM dan Artis Paling Popular APM.



Sedang Taufik, 34 tahun, mempertaruh lagu ciptaannya Izinkanku, Sufi, 25 tahun, pula bangkit bertenaga melalui lagu popularnya dari pentas akhir Akademi Fantasia 2015, Kisah Dua Muka.



Sungguhpun begitu, di tangga teratas senarai calon APM ialah penggubah lagu dan penyanyi Malaysia dengan sentuhan emas, Faizal Tahir, 37 tahun, yang meraih tujuh pencalonan.



Tiga daripada pencalonan itu termasuk hasil kerjasamanya dengan penyanyi muda dari Malaysia, Elizabeth Tan; penyanyi Brunei Aziz Harun; dan penghibur asal Singapura, Harris Baba.



Pelakon drama 'berhantu' Rindu Awak 200%, Ayda Jebat, 24 tahun, juga berjaya dicalonkan dalam lima kategori termasuk Artis Baru Terbaik (Wanita) dan Ikon Media Sosial.



Butiran mengenai calon APM ini dikongsi di sidang media yang berlangsung di Hotel Orchard semalam.



APM 2016, yang mengiktiraf bakat terbaik dalam industri muzik Melayu serantau, dianjurkan Bahagian Melayu Mediacorp, Suria, Warna 94.2FM, Ria 89.7FM dan majalah Manja.



Seramai 109 artis dalam 18 kategori dipertanding. Antaranya ialah legenda Datuk Sheila Majid, Iwan Fals, Glenn Fredly, Once Mekel (Dewa 19) dan Armand Maulana (Gigi).



Ketua Penyiaran Melayu MediaCorp, Cik Zakiah Halim, berkata:



"APM kali ini lebih berwarna-warni kerana ia turut mencalonkan artis veteran dan yang sudah lama tidak muncul dengan 'single' seperti Datuk Sheila, Once Mekel, Glenn Fredly dan Armand Maulana yang bersaing dengan barisan artis muda seperti Afgan dan Faizal."



Sufi terharu seraya berkata:



"Tahun lalu, saya terlepas menjayakan APM kerana sibuk dengan Akademi Fantasia. Terkabul doa saya agar lagu Kisah Dua Muka ini dicalonkan sebab ia hasil gubahan sulung saya 100 peratus."



Taufik, yang tidak dapat hadir di sidang akhbar semalam atas komitmen kerja, mengutus SMS kepada Gah!: "Dicalonkan sahaja merupakan satu penghargaan. Saya berterima kasih dengan pengiktirafan APM terhadap muzik saya, apalagi dengan saingan kian sengit tahun ini."



Artis hebat yang akan menghiburkan pada malam itu ialah Sufi, Aisyah Aziz, Awi Rafael, Ayda Jebat, Ayai Ilusi, Caliph Buskers, Musikimia dan Rizky Febrian.



Suhaimi Yusof tampil sebagai pengacara, dengan gandingan dari Malaysia dan Indonesia bakal diumumkan kelak.



Tiket bagi menonton APM berharga $28, $48 dan $68 boleh ditempah di talian, kaunter dan laman Sistic mulai Isnin depan.




ANTARA CALON ANUGERAH PLANET MUZIK



ARTIS BARU TERBAIK (LELAKI)



Haikal, Harris Baba, Jaz, Rizky Febian, Syamel



ARTIS BARU TERBAIK (WANITA)



Ayda Jebat, Janna Nick, Nanasheme, Yuka Kharisma, Zahra Damariva



DUO/KUMPULAN TERBAIK



Afgan & Raisa, Elizabeth Tan Menampilkan Faizal Tahir, Geisha & Iwan Fals, Noah & Iwan Fals, Wizzy Menampilkan Sandhy Sondoro



BAND TERBAIK



Bunkface, Caliph Buskers, Hujan, Mojo, Musikimia



ARTIS TERBAIK (LELAKI)



Armand Maulana, Cakra Khan, Faizal Tahir, Glenn Fredly, Once Mekel



ARTIS TERBAIK (WANITA)



Dayang Nurfaizah, Isyana Sarasvati, Raisa, Sheila Majid, Yuna



LAGU TERBAIK (SINGAPURA)



Bertemu Kembali (Haikal), Izinkanku (Taufik Batisah), Kisah Dua Muka (Sufi Rashid), Pulangkan Suara (Forty 7 Menampilkan Farid Aryan) dan Sambar (Klutz)



ARTIS PALING POPULAR (SINGAPURA)



Aisyah Aziz, Aliff Aziz, Art Fazil, Filsuf, Klutz, Merah, Ryan Sufiyan, Sezairi, Sufi Rashid, Taufik Batisah



ARTIS PALING POPULAR APM



Afgan, Aisyah Aziz, Akim & The Majistret, Ayda Jebat, Hazama, Isyana Sarasvati, Raisa, Stacy, Sufi Rashid, Taufik Batisah, Tulus, Yuna




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >