DAYA tarikan kebanyakan lagu Ratu Jaz Malaysia, Datuk Sheila Majid, terletak pada iramanya yang 'melekat' dalam fikiran dan menusuk sanubari.
Setiap bait lirik lagu Sheila, seperti Sinaran, Legenda, Ku Mohon dan Warna, dihafal dan mudah diingati pengikutnya yang ceria menyanyi bersama setiap kali menghadiri konsert beliau.