BELUM pun kaki ini melangkah ke Stadium Tertutup Singapura Jumaat lalu, teman saya sudah berpesan:
"Kalau pergi konsert Britney Spears, jangan jangkakan vokalnya bertenaga macam Adele atau Celine Dion. Britney akan gunakan suaranya yang sudah sedia dirakam sebagai sandaran. Tapi, ramai ke konsert Britney tak kecewa kerana paparan visual pentas berwarna-warni dan dansanya yang tidak henti."