Pemberian hadiah atau buah tangan untuk pemilik rumah baru atau ‘house warming gift’ memang lumrah kita lakukan. Sebagai undangan bagi menyerikan majlis rumah baru mereka, kita juga ingin memastikan hadiah yang diberikan memuaskan, menepati cita rasa dan keperluan pemilik rumah itu sendiri. BERITA HARIAN meninjau trend pilihan hadiah yang gemar diberikan serta barangan-barangan unik lagi molek yang menjadi pilihan masa kini.
MENGHADIAHKAN barangan elektrikal dan keperluan dapur yang lain memang agak lazim, dan telah pun menjadi seakan sinonim untuk majlis rumah baru.