CEMUHAN menghiris perasaan sentiasa singgah ke telinga Encik Hilfi Muhammad Zainuddin sejak di bangku sekolah menengah lagi.
Beliau kerap dilabel 'budak nakal' dan 'kepala angin' kerana dilihat naik radang, melontar barangan mahupun bangkit meninggalkan kelas sedang kuliah berlangsung.