Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Bukan niat tayang kemewahan...

Apr 15, 2018 | 05:30 AM



MEREKA senangi jenama kereta mewah Italy, Alfa Romeo, yang memiliki warisan sebagai kereta lumba 'sporty'.



Apabila tiga pencinta dunia permotoran, Encik Ahmad Faris Muhd Nur, Encik Toey Rizal dan Encik Zaidi Halim, menyertai Kelab Pemilik Kereta 'Continental' Melayu yang ditubuhkan dua bulan lalu, ia dilihat sebagai wadah berkongsi ilmu dan menyumbang kepada masyarakat.



Kelab ini dibuka kepada pemandu Melayu yang memiliki kereta buatan Eropah seperti Mercedes-Benz, Volkswagen, BMW, Alfa Romeo, Citroen, Audi dan Renault.



Jauh daripada menjadikannya sebagai kelab elitis bagi tayang kemewahan dan kedudukan, kelab yang diasaskan konsultan jualan kereta, Encik Rizal Jasni, ingin menyumbang kepada masyarakat dengan kemunculan bulan mulia Ramadan, bulan depan.



Khidmat pengangkutan bagi mengagih habuan Ramadan dan Hari Raya dari rumah ke rumah golongan memerlukan ingin ditawarkan.



Sebagaimana kata Encik Toey, 42 tahun, seorang usahawan permotoran:



"Kami berharap dengan Kelab Pemilik Kereta 'Continental' Melayu ini dibentuk, banyak perkara bermanfaat yang dapat kami kongsi tentang dunia permotoran, hobi memandu dan khidmat pengangkutan amal yang kami tawarkan.



"Dalam kalangan kami pun ada yang berkongsi minat serupa terhadap sesuatu jenama seperti Alfa Romeo yang mempunyai kisah warisan sebagai kereta lumba popular."



Sejauh ini, sekitar 20 pemandu sudah menganggotai kelab ini yang juga dibuka kepada keluarga anggota tanpa sebarang bayaran keanggotaan dikenakan.



Mereka terdiri daripada karyawan sektor pendidikan, perubatan, guaman, perniagaan, media dan selebriti yang berusia antara 35 dengan 50 tahun.



Laporan lanjut:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >