Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Buku rakam suasana hidup di Tanah Suci

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

PERSONALITI

Buku rakam suasana hidup di Tanah Suci

Apr 22, 2018 | 05:30 AM



MERAKAM foto semasa menjalankan ibadah di Tanah Suci ternyata menjadi amalan ramai masyarakat Muslim semasa menjalankan ibadah tersebut.



Seperti jemaah lain, Encik Affandi Salleh, 58 tahun, juga tidak ketinggalan merakam detik-detik perjalanannya semasa di Makkah dan Madinah.



Bezanya beliau, yang merakamkan lebih 6,000 imej semasa musim Haji tahun lalu, telah mengabadikan sebahagian foto yang dipetiknya di dalam sebuah buku bagi menggambarkan suasana di Tanah Suci.



"Setiap gambar yang dipapar dalam buku ini bergantung pada interpretasi setiap individu yang membacanya.



"Setiap imej membawa pengertian yang tersembunyi, yang hanya saya yang tahu dan mungkin berbeza dengan tafsiran pembaca.



"Bagi mereka yang pernah ke sana, pastinya ia menyuntik kenangan manis mereka, dan bagi yang belum, pastinya ia memberi gambaran akan apa yang boleh dijangkakan semasa di sana," kata Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Operasi SSA Group itu lagi.



Lebih menarik lagi, sasaran $100,000 hasil penjualan buku yang diberi nama A TRODDEN PATH… a pictorial journey, Pilgrimage, itu akan disalur kepada madrasah-madrasah setempat menerusi Wakaf Ilmu yang ditubuhkan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) bagi membiayai pendidikan Islam di sini - khususnya untuk madrasah sepenuh masa dan sambilan.



Encik Affandi, yang ditemui wartawan baru-baru ini, menyatakan bahawa idea untuk menghasilkan buku itu tercetus sejak pertengahan tahun lalu, namun tiada konsep kukuh tentang apa yang akan dilakukannya dengan foto-foto yang dirakamnya ketika itu.



Hanya sekitar September lalu, baru konsep sebenarnya terhasil, dan draf terakhir buku itu siap sekitar tiga bulan kemudian.



"Saya hanya berdoa dalam hati agar hasrat saya mengambil gambar-gambar itu diizinkan Tuhan.



"Dan hasil foto yang dipetik dikongsi dengan ramai," kata bapa seorang anak yang sudah bergelar datuk itu.



Semua foto itu dipetik menggunakan empat kamera yang beliau bawa bersamanya sepanjang tempoh haji tersebut.



Antara foto yang dipetiknya - selepas atau sebelum menjalankan ibadah, atau semasa menanti waktu solat, dan semasa berjalan - termasuk cabaran semasa bertawaf, jemaah bersolat di Jabal Rahmah, wajah jemaah semasa menanti waktu solat, wajah golongan yang kurang bernasib baik, dan lain-lain.



"Buku ini dihasilkan bukannya bertujuan menjadi buku agama atau bimbingan tentang cara menjalankan ibadah di Tanah Suci.



"Ia merupakan ekspresi mereka yang saya paparkan dalam gambar-gambar yang dipetik," kata beliau yang turut menghasilkan sendiri desain serta susunan buku tersebut.



Beliau, yang sebelum ini pernah menunaikan haji pada 1983, juga berharap agar buku itu dapat menunjukkan kepada masyarakat bukan Muslim bahawa Islam merupakan agama yang penuh ihsan.



Buku yang ditulis dalam bahasa Inggeris dan setebal 384 muka surat itu turut memuatkan juga petikan ayat Al-Quran - hasil bimbingan seorang guru agama setempat.



Sebanyak 1,000 naskhah buku tersebut akan dicetak dengan senaskhah berharga $120.



Ia boleh dibeli seawal 8 Mei ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >