Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Cabaran kecoh bekerja di agensi berita Perancis

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Cabaran kecoh bekerja di agensi berita Perancis

Ketangkasan diuji dengan tugas hasilkan infografik gempa China yang baru berlaku dulu
Jul 12, 2016 | 05:30 AM



Mereka memilih Sekolah Seni Glasgow Singapura berbanding institusi seni lain kerana adanya peluang menjalani program penyerapan di Scotland, meraih rezeki bekerja atau memaparkan karya di Eropah. Ikuti perjalanan seni dua lulusan bidang reka bentuk komunikasi sekolah seni ini yang meraih ijazah hari ini. Laporan HARYANI ISMAIL (haryani@sph.com.sg).



MINAT Encik Muhammad Fariz Junaidi dalam bidang fesyen diketepikan apabila ibu bapa tidak begitu menggalakkan kerana bimbangkan masa depannya.



Namun, keputusan pemuda yang kini berusia 25 tahun itu menyertai kursus ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Reka Bentuk Komunikasi di Sekolah Seni Glasgow Singapura sebagai gantian ternyata tidak sia-sia.



Beliau yang bakal menerima ijazahnya hari ini berpeluang ke Perancis bagi program bekerja sambil belajar selama sebulan di agensi berita Visactu sekitar Ogos tahun lalu.



Meskipun tidak mampu berbahasa Perancis, kehadirannya diterima dengan tangan terbuka oleh pengendali agensi berita tersebut yang kagum dengan daya kreatifnya.



Encik Muhammad Fariz, anak bongsu dalam keluarga tiga beradik, malahan ditugaskan menyiapkan infografik gempa bumi di Shenzhen, China, pada lewat malam apabila berita itu diketahui majikannya. Sebagaimana kongsinya:



"Pengalaman bekerja dengan agensi berita Visactu itu adalah yang amat bermakna buat saya.



"Sebabnya, saya belajar tentang tuntutan tugas penyiar berita dalam talian yang memerlukan ketangkasan. Saya menghasilkan infografik politik, sukan dan maklumat umum.



"Apabila kejadian gempa bumi itu berlaku, sudah lewat malam. Saya sudah pulang daripada pejabat bahkan bersiap sedia mahu tidur.



"Bagaimanapun, saya perlu bergegas kembali ke pejabat dan menghabiskan antara dua hingga tiga jam bagi menyiapkan infografik tersebut."



Pecutan adrenalin dapat dirasakannya. Malah, buat seketika selepas tamat program bekerja sambil belajar, Encik Muhammad Fariz masih menawarkan khidmat sambilannya kepada pihak Visactu.



"Saya menjadi mata dan telinga mereka. Bagi saya, ia tugas menarik kerana dalam sekelip mata, kita perlu mencernakan idea dan menyampaikan dalam bentuk infografik yang lebih mudah dihadam pembaca.



"Lagipun, agensi ini bekerjasama dengan pelbagai laman berita. Melihat kerja seni saya dihargai dan dimanfaatkan bagi maklumat orang ramai ialah perasaan yang sukar dibayangkan. Tentunya saya rasa teruja," katanya, yang kini bertugas sebagai pereka grafik di syarikat The Press Room.



Beliau ditugaskan menyiapkan rekaan bagi kempen Bulan Bahasa tahun ini.



Dalam pada itu, lulusan Diploma Komunikasi Visual daripada Politeknik Nanyang itu juga berpeluang menemui pelajar berbilang kaum sewaktu menjalani program penyerapan di Glasgow, Scotland.



Beliau mampu menyelongkar pemikiran berbeza pelajar dunia Barat dalam mengendalikan projek atau tugasan sekolah.



"Bagaimana mereka memberikan tindak balas terhadap sesuatu isu? Itu sesuatu aspek yang saya amati dan cuba fahami.



"Pensyarah di Glasgow juga banyak membantu, membolehkan kami bekerjasama, dengan masing-masing memberikan sumbangan intelek bagi menjayakan sesuatu projek," jelasnya.



Bagi projek tahun akhirnya yang kini dipamerkan di ruang seni Deck di Prinsep Street, Encik Muhammad Fariz menghasilkan projek bertajuk Data Without Numbers.



"Banyak penyelidikan yang saya kendalikan dalam mentafsirkan butiran kompleks, khususnya data yang banyak nombor dan susunan sepertimana dalam maklumat Excel menjadi yang lebih mudah difahami.



" Saya menggunakan kuasa grafik bagi menjelaskan segalanya," katanya.



  • Pameran karya siswa Sekolah Seni Glasgow Singapura berlangsung di Deck, 120A Prinsep Street, hingga Jumaat ini. Dibuka dari 12 tengah hari hingga 7 malam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >