Daya kreativiti pelajar dan lulusan Akademi Seni Halus Nanyang (Nafa) terpampang di dalam pameran Flagship Genius sempena Rumah Terbuka institusi seni itu. Sebanyak 35 karya akrilik, cat minyak, lukisan arang, foto, seramik, tembikar, prototaip perabot, filem animasi dan dokumentari ditampilkan hingga 1 Februari ini. HARYANI ISMAIL (haryani@sph.com.sg) mewawancara beberapa pelajar dan alumni yang terlibat dalam pameran ini.
JIKA tahun lalu Encik Syamil Dasuki Osman menghasilkan 24 patung lilin bayi bagi projek Necessary Labour, beliau kini tampil dengan 50 boneka bayi lebih kecil yang tampak khusyuk berfikir.