WALAUPUN baru berusia setahun jagung, pasangan adik-beradik Cina, Charlotte Loei, lima tahun, dan Tania Loei, tiga tahun, bakal menyertai bengkel bercerita dwibahasa Melayu dan Inggeris di Taman di Pesisiran pada Sabtu ini.
Bengkel dwibahasa itu, Bengkel Penulis di Taman di Pesisiran: Anak Itik (Little Duckling), akan disampaikan oleh penulis buku kanak-kanak Melayu, Rilla Melati Bahri.