BEBERAPA nama besar di seberang Tambak seperti Alleycats, Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk Fazley Yaakob pernah merasa kek buatan Cef Muhammad Haikal Ismail.
Bagaimanapun, amanah menaja dan menghasilkan kek empat tingkat bagi majlis perkahwinan pasangan selebriti merpati dua sejoli, Amar Baharin dan Amyra Rosli, di Singapura baru-baru ini adalah yang membuat debaran di hatinya memuncak.