Cerpen baik mampu paut hati pembaca

APAKAH inti pati cerpen yang menarik? Menurut penulis mapan dan wartawan kanan Berita Harian, Encik Mohd Raman Daud, cerpen yang menarik membentangkan jalan cerita yang membuat pembaca terpaut dan enggan berhenti membaca hingga akhir. Kejadian dalam kehidupan harian merupakan sumber utama idea bagi membina subjek atau topik sesebuah cerpen, ujarnya.

Dalam bengkel yang akan beliau kendalikan bagi Mencari Kristal, Encik Mohd Raman akan membincangkan cara penulisan cerpen dan bagaimana cerita tersebut harus disampaikan.

"Bercerita merupakan teknik setua tamadun manusia, iaitu untuk bersembang sehingga mewariskan ilmu. Bagaimana cerita disampaikan adalah menurut keadaan masyarakat dan konteks. (Cerpen) boleh sahaja berkisar kisah biasa-biasa, seperti kehidupan seorang pemandu teksi dengan telatah penumpangnya. Yang penting, ia diceritakan dengan bahasa lancar, punya kesan yang pelbagai emosi dan membuat pembaca mencari jawapan hingga perkataan akhir," katanya.

Encik Mohd Raman juga bakal mendedahkan peserta kepada fahaman 'cerita' dan mengapa ia mesti diolah sebagai 'cerita pendek'. Beliau, yang pernah menjadi penulis sepenuh masa bagi skrip drama televisyen di Perbadanan Penyiaran Singapura (SBC), berkata memang wajar BH terlibat dalam penyuburan bahasa dan persuratan.

Namun, beliau berkata menjadi seorang penulis bukan sesuatu yang mudah. "Semasa menyelaras skrip drama dulu, saya mempunyai puluhan penulis baru, tetapi hanya segelintir yang 'menjadi'. Menjadi penulis bukanlah mudah. Ia profesi atau bidang yang membawa nikmat dan derita - antara kepuasan jiwa, kebendaan dan rasa dihargai masyarakat," katanya.

Bengkel yang dikendalikan Encik Mohd Raman akan diadakan pada 27 Ogos ini, dari 9 pagi hingga 5 petang, di Kelab Media Berita Harian. Orang ramai pun boleh mengikuti bengkel itu, namun bayaran dikenakan.

Layari www.beritaharian.sg/mencari-kristal/bengkel bagi mendapatkan keterangan lanjut atau mendaftar.


JADUAL BENGKEL

  • Bengkel 1

Sabtu, 13 Ogos 2016,

9 pagi hingga 5 petang

Tempat: Kelab Media, Berita Harian

Pembimbing: Hassan Hasaa'Ree Ali

Tema: Mencorak idea, proses penceritaan dan penghasilan karya

  • Bengkel 2

Sabtu, 27 Ogos 2016,

9 pagi hingga 5 petang

Tempat: Kelab Media, Berita Harian

Pembimbing: Mohd Raman Daud

Tema: Menilai karya, ketertiban dalam berkarya dan mengelak kesilapan berulang

  • Bengkel 3

Sabtu, 3 Sep 2016,

9 pagi hingga 5 petang

Tempat: Bilik Latihan SPH T8.2 & T8.3

Pembimbing: Henovia Rosalinda

Tema: Membentuk karya 'thriller cinta', membangun watak dan jalan cerita, dan menghidupkan karya dari naskhah ke filem

  • Bengkel 4

Sabtu, 10 Sep 2016,

9 pagi hingga 5 petang

Tempat: Bilik Latihan SPH T8.2 & T8.3

Pembimbing: Alberthiene Endah

Tema: Resipi utama karya 'thriller', menyampai maksud dalam cerita dan antara daya kreatif dan kebenaran dalam karya

  • Bengkel 5

Sabtu, 17 Sep 2016,

9 pagi hingga 5 petang

Tempat: Bilik Latihan SPH T8.2 & T8.3

Pembimbing: Amir Muhammad, pemilik Buku FIXI

Tema: Apa yang penerbit mahu, cara menarik perhatian penerbit dan pemasaran Karya

  • Bengkel 6

Sabtu, 24 Sep 2016,

9 pagi hingga 5 petang

Tempat: Kelab Media, Berita Harian

Pembimbing: Faisal Tehrani

Tema: Resipi karya baik, fahami kehendak penerbit/khalayak dan menjual karya

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:01
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:04
Isyak
8:19
3 HR PSI: 21
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.