Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Daisy Ridley tabah beraksi walau geluti dua sakit puan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Daisy Ridley tabah beraksi walau geluti dua sakit puan

Jul 11, 2016 | 05:30 AM



DAISY Ridley kelihatan cukup sempurna semasa muncul di layar perak. Namun, bintang filem Star Wars itu mengakui kesihatannya tidak selalunya baik.



Dalam satu pos Instagram, Ridley mendedahkan tentang cabaran yang dilalui akibat endometriosis dan sindrom ovari polisistik.



Endometriosis merupakan keadaan di mana sel lapisan rahim, yang biasanya keluar sebagai darah haid, berkembang di luar rahim. Sindrom ovari polisistik pula masalah berkaitan kedatangan haid yang tidak menentu.



"Pada usia 15 tahun, saya disahkan menghidap endometriosis. Saya menjalani laparoskopi dan menjalani banyak sesi konsultasi. Lapan tahun kemudian, rasa sakitnya kembali (kini lebih teruk). Kulit saya paling teruk terjejas. Saya cuba bermacam cara. Produk, antibiotik kemudian menjadikan tubuh saya teruk terjejas. Kemudian saya dikesan pula menghidap sindrom ovari polisistik dan ini memburukkan lagi keadaan. Saya berani katakan bahawa keyakinan diri saya juga terjejas.



"Saya tidak suka calitkan solekan, tapi pada masa ini saya enggan tinggalkan rumah tanpanya. Kini saya dapatkan bantuan pakar dermatologi, selain mengurangkan produk tenusu dan gula. Sepanjang tempoh ini, saya mendapat sokongan orang ramai yang memberi galakan," ujarnya.



Beliau kemudian rasa bahawa terdapat banyak lagi yang perlu diberi perhatian.



"Maksud saya, jika ada di antara anda yang mengalami sebarang penyakit, pergilah ke doktor, dapatkan bantuan pakar, ujilah hormon anda, ujilah alahan anda, pastikan anda tahu apa yang anda rasakan pada tubuh," jelasnya.



Dalam laporan berasingan, Ridley juga membuktikan bakatnya dalam bidang nyanyian.



Beliau telah merakam lagu berjudul At the Ballet, di mana beliau berkolaborasi dengan pelakon popular Anne Hathaway dan penyanyi masyhur Barbara Streisand. Ia sebahagian album terbaru Streisand berjudul Encore: Movie Partners Sing Broadway.



Bukan sahaja gabungan mereka menghasilkan lagu yang cukup lunak didengar, malah suara Ridley didapati cukup mempesona sehingga Streisand agak kagum dengan pelakon itu.



Mengenai pengalamannya itu, Ridley berkata bahawa itu kali pertama beliau merakam lagu dan rasa 'kerdil' dengan kehadiran dua selebriti di sisi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >