MESKIPUN hanya titik kecil dalam peta dunia, Singapura tetap dilihat sebagai pusat perbincangan kesenian yang rancak dengan pertukaran idea bagi rantau Asia.
Disebabkan itulah, pameran Sous la lune/Beneath the moon terbitan pusat seni kontemporari, Palais de Tokyo di Paris, Perancis, dibawa terbang ke Galeri 1, Institut Seni Kontemporari Singapura, Maktab Seni Lasalle.