Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18

'Dukun' akhirnya tampil selepas 12 tahun 'disimpan'

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

'Dukun' akhirnya tampil selepas 12 tahun 'disimpan'

Apr 07, 2018 | 05:30 AM



SELEPAS 12 tahun diperap tanpa khabar berita, filem mistik kontroversi Dukun akhirnya menemui penonton di 100 pawagam Malaysia pada malam Jumaat lalu.



Filem Dukun adalah sebuah filem Malaysia yang diilhamkan daripada kisah kehidupan sebenar dukun bernama Mona Fandey yang telah menjalani hukuman gantung sampai mati pada 2001 kerana didapati bersalah dalam kes pembunuhan seorang ahli politik pada 1993.



Menurut pengarahnya, Dain Said, beliau bersyukur apabila mendapat tahu filem itu 'lulus dan lepas' untuk tayangan umum selepas 12 tahun 'disimpan'.



Watak dukun itu dijayakan oleh Umi Aida.



"Kerja keras yang dilakukan oleh peneraju utama dalam filem ini seperti Datin Paduka Umie Aida, Faizal Hussein, Bront Palare dan Namron akhirnya berbaloi kerana mereka telah berikan yang terbaik ketika penggambaran filem.



"Walaupun baru minggu lepas saya dapat tahu filem ini akan ditayangkan di pawagam, saya masih mahu berterima kasih kepada pihak penerbit, Astro Shaw atas usaha untuk tayangan Dukun," katanya, lapor Astro AWANI.



Tambahnya, tiada babak yang akan dipotong dan jalan cerita akan kekal sama seperti mana 12 tahun lalu sewaktu sesi penggambaran dijalankan.



"Memang sejak dari awal Lembaga Penapisan Filem Negara (LPF) tidak pernah potong mana-mana scene, jadi untuk tayangan di pawagam ini tiada scene yang akan dikeluarkan," ujarnya.



Menceritakan pengalaman menjalani penggambaran filem itu, Umie Aida mengakui beliau sanggup tidur dengan seekor ular selama dua bulan semata-mata untuk menjiwai watak Diana Dahlan.



Beliau yang sememangnya tidak gemar dengan reptilia itu terpaksa melawan fobianya untuk menjiwai watak seorang perempuan yang mengamalkan ilmu hitam.



"Saya memang geli dengan ular, hanya sebab hendak hasilkan watak itu saya bela selama dua bulan untuk kaji pergerakannya, saya kaji matanya malah saya juga tidur bersamanya. Sedikit sebanyak kajian itu membantu saya membawa watak Diana Dahlan.



"Bukan itu sahaja, bayangkan kami yang terpaksa menjalani sesi penggambaran seawal 4 pagi di Penjara Pudu. Itu memang satu pengalaman yang baru buat saya.



"Ketika sesi penggambaran di dalam penjara, saya tertanya-tanya tentang apa perasaan mereka yang hidup dalam penjara dan kerana satu pertanyaan, saya menggigil kerana tiba-tiba ada angin yang sangat sejuk. Kalau saya tak kuat, mungkin boleh histeria," katanya ketika ditemui pemberita selepas tayangan perdana filem Dukun di Kuala Lumpur baru-baru ini.



Seorang lagi pelakon filem itu, Faisal Hussein, berkata sebelum ditawarkan watak, dia perlu menjalani sesi uji bakat.



"Ini filem pertama di mana saya perlu pergi uji bakat. Pada mulanya, saya tolak, namun selepas diberi penjelasan, barulah faham.



"Pada sesi uji bakat itu, saya diminta membuat monolog dan berdialog dengan semua pelakon. Proses itu dilakukan selama beberapa hari.



"Kali terakhir, Dain minta saya datang memakai sut dengan wajah kusut masai tidak bercukur.



"Sebaik melihat penampilan saya, Dain terus tawarkan saya watak utama," katanya yang diberi watak peguam bernama Karim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >