JIKA mereka mahu membolot kejayaan, boleh sahaja kumpulan The Sallys mengetepikan lagu popular Sufie Rashid, Tiada Pengganti, buat dendangan mereka sendiri.
Bagaimanapun, mereka lebih yakin penyanyi muda seperti Sufie, 23 tahun, yang cukup berbakat mampu memartabatkan lagu itu ke peringkat lebih tinggi lagi.