Ella giat kuruskan badan demi konsert

KUALA LUMPUR: Demi persiapan Konsert Ella 2016, ratu rock Ella giat menghabiskan masanya di gimansium semata-mata untuk menguruskan badan.

Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminudin, 50 tahun, berkata, semua itu dilakukan demi menjaga stamina di pentas selain membentuk penampilan diri agar lebih yakin untuk beraksi setelah hampir 15 tahun tidak menjayakan konsert berskala besar, lapor mStar Online.

"Kalau nak dikira persiapan menjelang berlangsungnya konsert 16 April ini, rasanya banyak yang perlu diambil kira. Namun, saya terpaksa tekankan tentang perkara ini kerana ia melibatkan stamina yang akan menentukan mutu persembahan saya di pentas nanti.

"Tambahan pula, berat badan saya naik mendadak kebelakangan ini sehingga mencecah pertambahan 10 kilogram. Jadi sebelum terlambat, adalah perlu untuk saya lakukan sesuatu. Sekarang saya luangkan masa paling tidak sejam sehari di gim," katanya kepada mStar Online.

Ella ditemui di sidang media Konsert Ella 2016 di Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC), Jalan Ampang, di sini, semalam.

Konsert berlangsung pada 16 April ini di Stadium Malawati Shah Alam.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 66
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.