Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Faisal: Penat lelah jayakan '6 x 7' berbaloi

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Faisal: Penat lelah jayakan '6 x 7' berbaloi

Ramai berminat belajar tentang pengurusan jenazah selepas menonton drama
Dec 10, 2017 | 05:30 AM



EPISOD terakhir drama televisyen 6 x 7 sudah pun ditayangkan Selasa lalu.



Walaupun singkat, cuma lapan episod, siri itu padat dengan pengajaran khususnya tentang pengurusan jenazah.



Mungkin ada penonton masih berasa geli-geman apabila teringatkan mayat reput dimakan ulat dalam episod pertama yang ditayangkan Oktober lalu.



Dengan pujian mencurah-curah dalam media sosial serta harapan bagi musim kedua, pengarah Faisal Ishak berkata penat lelah menjayakan 6 x 7 berbaloi apabila beliau mendapat tahu ramai orang berminat belajar tentang pengurusan jenazah selepas menonton siri itu.



"Dalam usia ini, saya mahu lakukan sesuatu yang boleh datangkan manfaat kepada peminat dan masyarakat. Saya rasa ini akan menjadi objektif saya bagi lima tahun akan datang. Saya mahu terlibat dalam projek yang membawa kesan dan makna," kata Faisal, 48 tahun, ketika ditemui Gah! di kediamannya di Choa Chu Kang awal minggu ini.



Isterinya, Ummi Kalsom Mohamed Isa, yang juga penulis skrip 6 x 7, turut hadir.



Pasangan dua anak berusia tujuh tahun dan dua tahun itu kembali ke Singapura setahun setengah lalu setelah 14 tahun menetap di Malaysia.



Kepulangan mereka atas beberapa sebab, termasuk mahu berada dekat dengan orang tua dan masukkan anak ke sekolah rendah di sini.



Pada masa sama, Faisal berkata beliau dan isteri mahu berehat sebentar kerana agak "penat secara fizikal dan mental".



Menurut Faisal lagi, matlamat asalnya ke seberang Tambak, mahu melihat berapa jauh beliau boleh melangkah sebagai pengarah kreatif, telah tercapai.



"Jadi, saya dah cuba macammacam benda. Drama panjang, drama pendek, telefilem... Niat saya ialah mahu dapatkan satu filem layar perak tapi pada akhir 14 tahun di sana, saya telah mengarah enam filem layar perak. Saya rasa saya telah capai apa yang saya mahu lakukan," kata Faisal yang antara lain mengarah filem Aliff Dalam 7 Dimensi, Qadr dan trilogi Juvana.



Selain itu, Faisal berkata projek yang diberikan kepadanya semasa ekonomi kreatif di Malaysia merudum tidak menepati cita rasa ataupun memberinya kepuasan.



Sekembali ke tanah air, Faisal terlibat dalam program Manja dan beberapa projek lain yang membuatnya rindu menghasilkan drama.



Beliau kemudian mengarah dua episod drama 7 Hari dan juga telefilem Naluri Ayah.



Faisal berkata apabila penerbit eksekutif 6 x 7, Encik Mohideen Abdul Khader, memberitahunya tentang konsep drama itu, beliau langsung jatuh cinta dan bersetuju menjadi pengarahnya.



"6 x 7 bukanlah cerita tentang pengurusan jenazah. Ia tentang seorang lelaki, Farid, yang sedang mencari identiti dirinya. Saya dan isteri bayangkan diri kami sebagai Farid. Bagaimana agaknya reaksi kami jika semua yang kami ada hari ini ditarik balik. Agaknya penonton dapat lihat diri mereka dalam diri Farid. Atau mungkin mereka kenal orang seperti Farid.



"Keluarga yang tengok 6 x 7 dengan anak kecil atau remaja, saya harap ia membuka minda mereka tentang fardu kifayah ini. Sekurang-kurang mereka tahu tentang pengurusan jenazah kerana ia akan dilalui semua orang," kata Faisal.



Menurutnya, Ustaz Muhammad Zahid Mohd Zin dan Encik Ameer Al-Hakim Yahya daripada syarikat pengurusan jenazah Al-Hakeem banyak menyumbang idea bagi 6 x 7 berdasarkan pengalaman menguruskan jenazah serta memberi penerangan tentang pengurusan jenazah daripada sudut agama.



Drama 6 x 7 menyelitkan soal jawab tentang kemusykilan berkaitan pengurusan jenazah.



Antara soalan yang dijawab ialah adakah mahram boleh menyaksikan pengurusan jenazah arwah.



Syarikat pengurusan jenazah Al-Hakeem turut meminjamkan van hitam yang digunakan dalam drama itu, kata Faisal.



"Kalau syarikat itu betul-betul ada jenazah untuk diuruskan, kami pulangkan van itu kepadanya," katanya.



Sekiranya ada musim kedua, Faisal berkata beliau dan isteri berbesar hati akan terus terlibat tapi perlu mencabar diri mereka agar tidak membuat siri itu rasa meleret.



"Saya, dari dulu memang tak suka sangat ada musim kedua. Apabila habis satu musim, saya akan terus buat filem, macam Juvana. Pada saya, cerita Farid sudah habis. Tapi kisah pengurusan jenazah tak akan habis tapi kita tak boleh mengambil pengurusan jenazah sebagi asas satu drama. Nanti jadi dokumentari pula," kata Faisal.



Memandang ke hadapan, Faisal berkata beliau dan isteri akan terus terlibat dalam projek di Singapura dan Malaysia.



Februari tahun depan, Faisal akan mengarah sebuah siri asli bagi wadah video atas permintaan yang berpangkalan di Malaysia, iflix, manakala Umie sedang menulis skrip bagi sebuah filem dan sebuah telefilem untuk penerbitan di seberang Tambak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >