HIDUP pelakon dan pengacara selamba, Farhana M. Noor, bagaikan pengembara yang tidak mampu lepas daripada mengheret beg pakaian ke mana-mana sejak akhir-akhir ini.
Bintang drama Belah Hati dan Bunga Tanjong itu antara lain dapat merasai nikmat menatap matahari malam di kota Molde, Norway; diselubungi hingar-bingar Shenzhen, China; dan menggigil kesejukan ketika makan di tepi jeti Hamburg, Jerman.