Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Fasha: "Tiada istilah serik menerusi perkahwinan lalu"

Apr 06, 2016 | 03:24 PM



TEMPOH 11 tahun berkawan dan kemudian berkahwin dengan Toh Muda Rizal Ashram Ramli atau Jejai, tidak sedikit pun membuatkan pelakon, Fasha Sandha, 32 tahun, berasa serik.



Malah, Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan tetap bersyukur kerana dikurniakan sepasang cahaya mata sepanjang tempoh empat tahun berkahwin, lapor laman Harian Metro.



"Perceraian bukan penamat segala-galanya. Saya percaya ada hikmah di sebalik apa yang berlaku kerana Allah sudah mengatur yang terbaik untuk setiap hamba-Nya.



"Tiada istilah serik menerusi perkahwinan lalu, malah saya bersyukur dikurniakan dua anak yang comel. Cuma, saya dapat belajar sesuatu daripada apa yang berlaku," katanya kepada akhbar tersebut.



Sambung Fasha, paling penting dalam sesebuah perhubungan atau perkahwinan adalah restu daripada keluarga.



"Ketika mula-mula berkahwin saya beranggapan boleh menjalani kehidupan dengan lebih baik tanpa ada restu, tetapi sebenarnya tidak.



"Apa saya boleh katakan, rumah tangga yang dibina diuji dengan pelbagai dugaan. Saya melalui perkara ini, jadi saya boleh cakap," katanya kepada Harian Metro.



Ditanya sama ada masih wujud perasaan sayang dan cinta terhadap bekas suaminya itu, Fasha enggan mengulas kerana ia terlalu bersifat peribadi.



Fasha berkata, dia tidak mahu sebarang jawapan yang keluar daripada mulutnya disalah tafsir.



Terdahulu, bekas suami Fasha memberikan ucapan sempena ulang tahun ke-32 pelakon drama Chinta ini kemudian dimuat naik semula Fasha di laman Instagram miliknya.



"Memang saya terkejut apabila mendapat ucapan itu. Sehinggakan ia mendapat lebih 30,000 'likes'.



"Saya yakin peminat sentiasa mendoakan yang terbaik buat kami, tetapi buat masa ini solo adalah lebih baik dan tenang.



"Menerusi ucapan itu, saya tidak fikir dia mempunyai niat lain selain tanda penghargaan kepada saya sebagai ibu kepada anak-anaknya. Tidak lebih daripada itu," katanya.



Dalam waktu sama, Fasha mengakui Jejai turut menghantar ucapan sama menerusi medium lain seperti perkhidmatan WhatsApp dan menghubunginya.



Berkongsi mengenai kehidupannya dengan kedua-dua anaknya, Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemaima, Fasha memberitahu dia mendapat hak penjagaan penuh.



"Memandangkan kedua-dua anak masih kecil, jadi mereka tidak faham. Alhamdulillah, saya masih boleh mengurus dan mengawal mereka. Apatah lagi mereka memang rapat dengan saya.



"Ada ketika bekas suami datang menjenguk anak, tetapi saya tetapkan waktu dan mengikut kesesuaian masa saya.



"Kami masih baik atas dasar anak-anak. Tambahan pula, dia tetap bapa kepada anak-anak saya," katanya.



Diusik sama ada pintu hatinya sudah diketuk mana-mana lelaki selepas bercerai, Fasha sekali lagi selesa untuk tidak menjawab persoalan itu.



"Maafkan saya, 'no comment'," katanya ringkas.



Fasha dan Jejai bernikah pada 27 April 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata - Putra Rayfal, dua tahun, dan Putri Raysha Jemyma, satu tahun. Pasangan tersebut bercerai talak satu Januari lalu. - Harian Metro




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >