Akur sebilangan pengamat dunia hiburan melahirkan rasa kurang senang malah menyindir tentang keintiman yang sering ditampilkan, pasangan suami isteri selebriti Fattah Amin dan Fazura mengelak daripada kerap terlibat dalam projek bersama. Wartawan HARYANI ISMAIL (haryani@sph.com.sg) melaporkan usaha 'Fattzura' membangun jenama sendiri di persada hiburan Malaysia.
SEPANJANG bergelar selebriti, perkahwinan bukanlah perkara nombor satu yang diutamakan pelakon dan usahawan jelita, Nur Fazura Sharifuddin, meskipun sudah mencecah usia 30-an tahun.