Filem '12 Years a Slave' menang Filem Terbaik Oscar

BUAT julung-julung kalinya, filem yang diarahkan oleh seorang pengarah kulit hitam, iaitu filem,'12 Years a Slave' meraih Anugerah Filem Terbaik semasa Anugerah Academy ke-86 yang berlangsung di Teater Dolby, Los Angeles sebentar tadi.

Filem tersebut berjaya menumpaskan sembilan filem hebat lain termasuk "Gravity", "The Wolf of Wall Street" dan "American Hustle."

Diarahkan oleh Steve McQueen, filem mengenai hamba abdi yang dibintangi Chiwetel Ejiofor ini menceritakan bagaimana seorang lelaki telah diculik dan kemudian dijual kepada pemilik hamba abdi di Louisiana pada abad ke-19.

Filem ini juga berdasarkan buku biografi terlaris Solomon Northup, yang dicetak buat pertama kalinya pada 1853.

Dalam ucapan terima kasihnya, McQueen sempat berkata bahawa kemenangan tersebut turut ditujukan kepada sekitar 21 juta orang yang masih lagi menjadi hamba abdi dalam dunia moden ketika ini.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 22
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.