Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22

Filem pendek pelajar Poly Republic mengenai polis terima 7 pencalonan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

ANUGERAH FILEM BELIA KEBANGSAAN (NYFA) 2016

Filem pendek pelajar Poly Republic mengenai polis terima 7 pencalonan

Usaha menjana bakat kreatif muda dalam bidang perfileman digiatkan menerusi Anugerah Filem Belia Kebangsaan (NYFA) anjuran *SCAPE. Edisi kedua NYFA ini menyaksikan 57 filem dicalonkan dalam 20 kategori, termasuk tujuh kategori baru berunsur teknikal. NURMAYA ALIAS (nurmayaa@sph.com.sg) menyingkap proses menghasilkan tiga filem yang dicalonkan itu.
Jul 14, 2016 | 05:30 AM



SELAIN memelihara keselamatan masyarakat, pegawai polis mempunyai keluarga masing-masing untuk dilindungi.



Lantas, filem pendek berjudul Dispatch, tulisan dan arahan penuntut-pengarah muda Abdul Zaimee Abdul Razak, 21 tahun, menampilkan kisah dua pegawai polis secara lebih peribadi. Di samping itu, beliau memaparkan babak aksi mencari seorang penceroboh.



Encik Abdul Zaimee, penuntut Sekolah Teknologi Seni Politeknik Republic, menjelaskan bahawa peristiwa kekejaman polis di luar negara telah mendorongnya menulis cerita menyangkal tanggapan buruk terhadap pegawai polis, terutama di Singapura.



"Saya mahu menunjukkan bahawa pegawai polis juga mempunyai masalah dan kehidupan peribadi, tetapi mereka mementingkan keselamatan masyarakat dahulu," ujar Encik Abdul Zaimee.



Dihasilkan bersama empat lagi anggota kumpulan, karya tersebut memaparkan dua pegawai polis, Dinn Mustafa, yang telah kehilangan orang tersayang, dan Ahmad Hardi, yang bakal menimang cahaya mata.



Penonton bakal menyaksikan mereka bercakap tentang kisah peribadi masing-masing dalam kereta polis sebelum mendapat panggilan mencari seorang penceroboh rumah.



Bagi mencipta suasana misteri, filem dirakam selama tiga hingga empat jam pada waktu malam.



Kini, hasil usaha Encik Abdul Zaimee itu antara 57 filem yang dipilih dan dicalonkan dalam 20 kategori pertandingan Anugerah Filem Belia Kebangsaan (NYFA) 2016.



Pertandingan NYFA, anjuran *Scape, merupakan pertandingan membuat filem khusus bagi penuntut filem dan animasi di institusi pengajian tinggi Singapura. Ia dipersembah oleh DBS Bank.



Pertandingan edisi kedua itu menerima 260 penyertaan, melebihi penyertaan tahun lalu.



Tujuh kategori baru telah diperkenal dalam pertandingan kali ini, termasuk Sudut Kamera Terbaik, Pencahayaan Terbaik dan Suntingan Terbaik dalam Filem Dokumentari - selaras tumpuan NYFA mahu memberi penghargaan kepada pelbagai bakat teknikal pembuatan filem.



Filem Dispatch menerima pencalonan dalam tujuh kategori, termasuk Filem Terbaik, Arahan Terbaik, Skrip Terbaik, Sudut Kamera Terbaik dan Muzik Asli Terbaik.



Menurut Pengarah NYFA, Encik Nicholas Chee, 57 filem yang dicalon akan dinilai secara kritis berdasarkan taraf industri oleh 15 anggota juri.



Antara pengadil itu ialah pengarah dan penulis skrip mapan Lee Thean-jeen; pembuat filem veteran Jack Neo; penggubah lagu filem Alex Oh; dan penerbit dan pengedar filem Kenneth Goh.



Pemenang NYFA 2016 akan diumumkan dalam majlis penganugerahan pada 23 Julai ini. Tamu terhormat majlis ialah Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Cik Grace Fu.



Satu lagi filem pendek yang telah mendapat pencalonan dalam enam kategori ialah Sweet Bloom of Night Time Flowers.



Filem jenis fantasi itu ditulis dan diarah Encik Rifyal Giffari, 26 tahun, manakala muziknya dicipta pereka bunyi Dian Nadhirah Sachiman, 23 tahun. Mereka penuntut Sekolah Seni, Rekaan dan Media Universiti Teknologi Nanyang. Empat lagi anggota kumpulan turut menyumbang kepada pembikinan filem tersebut.



Menurut Encik Rifyal, juga karyawan animasi bebas, jalan cerita filem pendek mengenai seorang gadis yang mempunyai kuasa alam ghaib itu telah ditulis sekitar enam tahun lalu selepas beliau tamat pengajian di Politeknik Nanyang.



"Biarpun pada dasarnya ia mengisahkan seorang gadis yang mempunyai kuasa ghaib, mesej utama adalah menggalak penonton mengejar minat dan impian walaupun menghadapi rintangan.



"Pertandingan NYFA juga berbeza daripada pertandingan filem lain kerana ia memberi pendedahan dan penghargaan kepada bakat di belakang kamera menerusi pelbagai kategori teknikal," ujarnya.



Misalnya, filem Sweet Bloom of Night Time Flowers menerima pencalonan dalam kategori teknikal, seperti Adunan Bunyi Terbaik dan Suntingan Bunyi Terbaik.



Cik Dian Nadhirah berkata:



"Bunyi amat penting dalam filem, terutama filem fantasi. Senang bekerja dengan Rifyal. Beliau mempunyai idea jelas tentang jalan cerita filem dan tahu jenis muzik yang ingin dipaparkan."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >