Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Filem Sanif Olek, Sayang Disayang, menang lagi di pesta filem Mexico

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Filem Sanif Olek, Sayang Disayang, menang lagi di pesta filem Mexico

May 05, 2014 | 07:13 PM



DUA hari selepas biduanita yang mempopularkan lagu Sayang Disayang, Allahyarhamha Kartina Dahari meninggal dunia, pengarah Encik Sanif Olek menerima e-mel dari Mexico.


Filem arahannya dengan tajuk serupa, Sayang Disayang, dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Muzikal Terbaik di Pesta Filem Antarabangsa Mexico 2014.


Ini adalah kemenangan kedua bagi filem yang mengisahkan tentang kasih sayang dan hubungan bapa dengan anaknya serta pencarian cinta berbeza dua insan.


"Saya terperanjat kerana tidak menduga kemenangan ini. Bangun pagi, sangka dapat e-mel yang menyatakan filem saya tidak berjaya. Tahu-tahu ia suatu kemenangan.


"Selain bersyukur, saya juga menujukan kemenangan ini buat Allahyarhamha Kartina, pencetus ilham bagi tajuk filem ini," kata Encik Sanif, 44 tahun.


Sebelum ini, Sayang Disayang dinobatkan sebagai pemenang Hadiah Juri bagi Filem Asia Terbaik di Pesta Filem Antarabangsa SalaMindanaw di kota General Santos, Filipina.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >