KEPAHITAN dikasari bekas suami dan mengharungi perceraian yang getir meninggalkan bekas mendalam di hati Cik Nur Rashidah Ghazali.
Tatkala wanita berusia 27 tahun itu mula mengecapi nikmat hidup bahagia bersama Encik Sofian Abdullah, 34 tahun, 'orang baru' dalam kehidupannya, dan hamil, beliau menerima berita sedih yang mencencang lumat hatinya.