Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25

Generasi penyanyi 'media sosial' Singapura dicalon di APM

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Generasi penyanyi 'media sosial' Singapura dicalon di APM

Aug 23, 2017 | 03:55 PM



WAJAH bakat muda, Nurul Isnina Mohamed Isnin dan Iyaad Salleh mungkin masih asing lagi dalam kalangan pengamat muzik tempatan yang biasa dengan wadah hiburan tradisional seperti televisyen.



Bagaimanapun, mereka merupakan generasi anak muda yang popular di media sosial dan proaktif dengan karya menyegarkan.



Maka, rezeki berpihak pada mereka dengan  Isnina, 20 tahun, dan Iyaad, 26 tahun, dicalonkan dalam Anugerah Planet Muzik (APM) 2017 tahun ini.



Kededuanya dicalonkan dalam kategori Artis Baru Terbaik dan Lagu Terbaik (Singapura). 



Ini didedahkan dalam sidang media APM yang berlangsung di Hotel Orchard semalam.



Sebagaimana yang dikongsi Ketua Penyiaran Melayu Mediacorp, Cik Zakiah Halim:



“APM terus mengiktiraf dan menyanjung bakat muzik terbaik di rantau ini. Bagaimanapun, apa yang lebih menarik tahun ini ialah kita kian menyaksikan kemunculan generasi baru artis muda yang lebih menyerlah di wadah digital dan media sosial dengan lautan pengikut mereka.



“Awalnya, kita mungkin tidak sedar atau tahu siapa mereka tetapi nama mereka tiba-tiba menjadi sebutan dengan karya bermutu yang disajikan lagi mampu menarik perhatian ramai.”



Isnina yang baru tamat pengajian Diploma Muzik daripada Maktab Seni Lasalle dan popular dengan lagu santai bertajuk Buaya:



“Saya menjadikan muzik sebagai wadah meluah rasa. Sebelum ini, kesedihan atau keluh-kesah tentang kehidupan dicoretkan dalam lagu. Banyak perkara yang menjejas saya sewaktu meniti usia remaja termasuk perpisahan ibu bapa saya.



“Alhamdulillah, saya gembira dengan pencalonan dalam APM yang memberi saya ketekunan agar terus menyumbang kepada persada muzik Singapura. Tak sangka sebab bakat Singapura lain memang jauh berpengalaman. Saya masih baru lagi. Namun, saya akur media sosial banyak membantu saya mengetengahkan bakat saya.”



 Buaya, jelasnya, adalah lagu yang terilham daripada kisah cinta monyet. 



Dicalonkan menerusi lagu Cahaya, Iyaad yang merupakan lulusan Diploma Kesan Khas dan Grafik Bergerak daripada Politeknik Singapura (SP) berkata:



“Saya banyak bertanya dengan teman-teman yang memang sudah mencipta nama dalam bidang muzik. 



“Apa yang saya bangunkan dan tekankan ialah identiti saya sendiri. Sudah pastinya saya manfaatkan pengetahuan dalam bidang kesan khas dan grafik bergerak sebagai sandaran dalam menghasilkan klip video muzik saya.”



Kededua bakat tempatan ini merupakan peminat Yuna yang melihat ketekunan bintang antarabangsa dari Malaysia itu mencipta nama, bermula daripada  bawah.



“Kalau Yuna yang dahulunya sering buat lagu ‘cover’ dan menyanyi di YouTube boleh berjaya sehingga dikenali pengamat muzik dunia, tentunya ada jalan bagi kami mencapai cita-cita kami sepertinya,” jelas Isnina.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >