Latar belakang unit keluarga mereka berbeza tetapi dua wanita membuktikan mereka memiliki semangat waja untuk berjaya. Gah! menemui dua lulusan Universiti SIM (UniSIM) yang baru-baru ini berjaya menggenggam segulung ijazah selepas mengharungi perjalanan panjang dan pernah berhempas-pulas bekerja sejak usia muda. Semangat kental bantu guru raih ijazah Sarjana Muda Sastera dalam Bahasa dan Kesusasteraan Melayu (Kelulusan Merit) daripada Universiti SIM (UniSIM)
BIDANG pendidikan dan asuhan anak-anak begitu dekat di hati Cik Marliana Mohamed Rashid kerana beliau anak ketiga dalam keluarga 10 beradik yang sering diamanahkan dengan tugas membimbing tujuh adiknya.