WALAUPUN usianya masih muda, Hafiz Suip, 24 tahun, sudah menunjukkan potensinya menjadi bintang malarsegar sebagaimana penyanyi mapan seperti Anuar Zain dan Jamal Abdillah yang dapat bertahan lama dalam industri muzik.
Sejak muncul sebagai juara Akademi Fantasia musim ketujuh (2009) beliau menguasi hampir setiap majlis-majlis penganugerahan muzik, baik di peringkat nasional mahu pun serantau.