PENYANYI rap Singapura, Sheikh Haikel yang menjadi salah seorang juri tetap Maharaja Lawak Mega (MLM) siaran Astro Warna mengakui menerima banyak kecaman daripada peminat fanatik para peserta pertandingan tersebut.
Ini gara-gara komen terus terangnya ketika membuat ulasan bagi setiap persembahan. Bahkan kata Haikel, beliau pernah menerima ancaman keselamatannya gara-gara kritikannya, lapor Utusan Malaysia.