PENEROKAAN Anwar Hadi Ramli, penulis dan pengarah teater berjudul Tahyul, yang dipersembahkan oleh Pentas Karyawan, Kumpulan Drama Melayu Politeknik Republic (RP) tentang masyarakat Melayu, berjaya dikupas dengan baik, santai dan lucu.
Dengan berbekal kain rentang putih, rostrum, daun-daun kering, beberapa kerusi, props mudah, kepelbagaian watak untuk beberapa pelakon, Anwar gunakan teknik pencahayaan sedarhana untuk menggarap pementasan Tahyul - karya dan arahannya sendiri - dengan baik.