Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

HARI JURURAWAT

Hasrat arwah suami terkabul bila tiga anak jadi jururawat

Jul 27, 2016 | 05:30 AM



HASRAT dan doa dianggap terkabul. Itulah yang dirasakan Cik Siti Sapura Abu Shama, 59 tahun, apabila tiga daripada lima anaknya kini bergelar jururawat selepas hasrat tersebut diluahkan sendiri arwah suaminya, Encik Abdul Rahim Mohd Ali, sebelum beliau meninggal dunia pada 1994.



Hasrat tersebut dilahirkan ketika tiga anak mereka masih kecil - Nur Maizura, 11 tahun; Nur Syahida, tujuh tahun; dan Nur Liyana, enam tahun.



Dua lagi anaknya ialah Mohamed Afiq, yang ketika itu berusia sembilan tahun, dan Mohamed Zaid, 11 bulan.



"Semasa hayatnya, arwah suami saya melahirkan hasrat melihat anak-anaknya menjadi guru atau jururawat. Nampaknya bukan seorang tetapi tiga daripada mereka jadi jururawat.



"Alhamdullilah, tercapai juga hasrat dan doa kami," kata Cik Sapura.



Ketiga-tiga anak perempuannya itu juga berjaya meraih atau sedang memburu ijazah kejururawatan hasil kerja keras dan sikap tidak putus asa.



Cik Nur Maizura, kini 33 tahun, adalah Jururawat Klinisyen di Sengkang Health dan mempunyai ijazah Sarjana Sains (Kepimpinan Klinikal) daripada Universiti Teknologi Curtin; adik ketiganya, Cik Nur Syahida, kini 29 tahun, adalah Instruktor Klinikal Kanan di Hospital Besar Changi (CGH) dan kini mengikuti kursus ijazah Sarjana Muda Sains Kejururawatan yang ditawarkan Universiti Edinburgh; sementara adik keempatnya, Cik Nur Liyana, kini 28 tahun, pula Jururawat Staf Kanan di Hospital Besar Singapura (SGH) dan mempunyai ijazah Sarjana Muda Kejururawatan daripada Universiti Teknologi Curtin.



Cik Nur Maizura, ibu tiga anak, menceritakan bahawa pengorbanan ibunya ternyata menjadi pembakar semangat kepada mereka terus berjaya dalam apa jua yang diceburi.



"Apa yang kami lalui memang tidak mudah. Maklumlah ketika itu ibu hanya bekerja sambilan dan satu- satunya pencari nafkah keluarga. Kami pula semua masih bersekolah ketika itu," katanya lagi.



Antara lain ibunya itu berusaha mencari nafkah dengan mengambil tempahan menjahit langsir, tempahan memasak, bekerja di gerai makan sekolah dan menjaga anak kenalan.



Mereka hanya menerima bantuan daripada Darul Ihsan dan beberapa kenalan rapat ketika itu.



Di samping itu, mereka menerima bantuan daripada pihak sekolah bagi yuran, pakaian seragam sekolah dan buku teks.



Cik Nur Syahida, yang baru berumah tangga, pula menceritakan bahawa beliau pernah melakukan banyak kerja sambilan semasa mengambil kursus kejururawatan di Politeknik Nanyang (NYP).



"Saya bergantung pada gaji $500 yang saya terima ketika itu dengan bekerja sambilan bagi membayar yuran sekolah dan keperluan sekolah lain," ceritanya yang belum mempunyai cahaya mata.



Adiknya, Cik Nur Liyana, masih ingat bagaimana beliau membantu ibu mereka menyiapkan bungkusan nasi lemak untuk dijual.



"Kami semua tetap gembira meskipun serba kekurangan dan terpaksa bantu ibu semasa kami masih kecil. Seingat saya, belum pernah rumah kami bergelap atau tiada makanan.



"Ibu sentiasa penuhi keperluan kami sekeluarga selain memberi perangsang semasa kami kecil. Itulah yang mendorong kami melakukan yang terbaik.



"Kini, kerjaya saya dipermudahkan pula dengan kehadiran kededua kakak saya yang menceburi bidang kejururawatan juga," katanya yang juga baru berumah tangga.




"Kami semua tetap gembira meskipun serba kekurangan dan terpaksa bantu ibu semasa kami masih kecil. Seingat saya, belum pernah rumah kami bergelap atau tiada makanan. Ibu sentiasa penuhi keperluan kami sekeluarga selain memberi perangsang semasa kami kecil. Itulah yang mendorong kami melakukan yang terbaik. Kini, kerjaya saya dipermudahkan pula dengan kehadiran kededua kakak saya yang menceburi bidang kejururawatan juga.''
- Cik Nur Liyana, 28 tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >