SUARA merdu dua alumni peraduan adu bakat Anugerah, Hariani Hassan Bakri dan Hydir Idris, menyanyikan lagu Lebaran secara akustik akan kedengaran di laman Facebook Berita Harian Singapura sempena Syawal.
Klip video Hariani, yang diiringi tiga pemuzik - Iskandar Mohd Jefri (gitaris berirama), Khairi Omar (gitaris utama), dan Rudy Salim (pemain alat genderang cajon) - akan dimuat naik Isnin ini.