Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Hetty sedia hijrah ke London ikut suami

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Hetty sedia hijrah ke London ikut suami

* Dapat pelawaan berlakon drama bersiri di Malaysia * Mahu hasilkan 'single' baru
Jul 29, 2016 | 05:30 AM



PENYANYI dan pelakon Singapura, Hetty Sarlene Abdul Hamid, 32 tahun, yang baru bernikah pada hujung minggu lalu sedia berhijrah ke London mengikut suaminya, Daniel Oakes.



Oakes atau nama Islamnya, Dani Aaqil, juga 32 tahun, merupakan warga Britain yang ketika ini masih bertugas di Singapura sebagai pengurus operasi di sebuah syarikat logistik antarabangsa.



"Tetapi kalau keadaan memerlukan suami saya kembali ke London, saya bersedia ikutnya berhijrah," kata artis itu.



Hetty yang pernah terkenal dengan siri drama televisyen seperti Sembilu Kasih dan popular dengan lagu Sangsi Asmara, bernikah di Royal Palm @ Clarke Quay Sabtu lalu. Acara pernikahan dijalankan oleh kadi Haji Sallim Jasman.



Oakes menyerahkan mas kahwin $100 diiringi lima dulang hantaran dan pihak Hetty turut membalasnya dengan lima dulang hantaran.



Hantaran pengantin lelaki untuk Hetty diberikan dalam mata wang paun, £10,000 ($14,910).



Ibu bapa Oakes juga turut hadir pada majlis perkahwinan yang disambut gah dan meriah.



Pengarah filem yang banyak mememberi peluang kepada Hetty dalam dunia perfileman di Malaysia, Datuk Yusof Haslam, dan isterinya, Datin Fatimah Ismail, turut hadir.



Satu lagi majlis resepsi akan diadakan di London pada satu tarikh yang belum ditetapkan.



Ketika dihubungi, Hetty berkata beliau dikenalkan kepada Oakes melalui seorang kakak sepupunya. Mereka bertunang di London pada 25 Disember tahun lalu.



Apabila ditanya tentang perjalanan hubungan cinta mereka, Hetty mengakui bahawa seperti pasangan lain, mereka tidak sepi daripada berselisih pendapat tetapi mampu mengatasi segala perbezaan secara matang.



"Kadangkala, tanpa sebab yang munasabah, saya akan membantahnya. Saya beruntung kerana suami saya merupakan seorang yang penyabar sehingga membolehkan hubungan kami dapat dikekal hingga ke pelamin," katanya.



Ibu Hetty, Cik Sairah Omar, 55 tahun, memberitahu Gah! bahawa beliau amat bersyukur majlis perkahwinan anaknya itu berjalan dengan lancar.



"Perasaan saya sebagai ibu bercampur gembira dan sedih. Hanya Allah sahaja yang tahu," ujarnya yang juga merupakan pengurus Hetty.



Mengenai kerjaya hiburannya, Hetty mengakui beliau belum terikat dengan mana-mana projek tetapi baru-baru ini dipelawa berlakon dalam satu drama bersiri di Malaysia.



Selain itu, beliau juga mahu menghasilkan single terbaru.



"Single terbaru masih dalam proses perbincangan dengan syarikat rakaman, New Southern Records (NSR).



"Tetapi buat sementara ini, biarlah saya berehat dulu," ujarnya.



Hetty diperkenalkan kepada dunia hiburan setelah mewakili Singapura dalam Festival Lagu Asia 1999 selepas menjuari satu pertandingan karaoke. Lagu pertamanya bersamanya syarikat NSR, Rindu Aku Rindu, popular pada awal 2000. Beliau juga pernah berduet dengan Anuar Zain dalam lagu Demi Cinta Kita dan bersama REM, dalam lagu Hampa.



Filem pertamanya pada 2003 berjudul Iskandar dan beliau terkenal dengan watak Zety dalam siri drama Sembilu Kasih. Filem terakhirnya ialah Evolusi KL Drift pada 2008 sebelum menyepi daripada arus perdana dunia hiburan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >