‘Kasih Berbisik’ paduan M’sia-S’pura

PENONTON bakal disajikan siri drama kisah cinta hasil gabungan dua anak syarikat stesen televisyen, dari Malaysia dan Singapura, pada separuh akhir kedua tahun ini.

Usaha sama antara Primeworks Studios di bawah naungan Media Prima Berhad dan MediaCorp Eaglevision, MediaCorp Pte Ltd, ini bertujuan untuk menerbitkan siri drama bermutu tinggi yang dapat menarik minat para penonton di Malaysia dan Singapura, di samping menggabungkan kepakaran kedua-dua pihak dalam bidang penerbitan rancangan televisyen.

Berjudul Kasih Berbisik akan disiarkan di dalam format definisi tinggi (HD).

Penerbitan drama 13 episod itu akan bermula pada April dan berakhir pada penghujung Julai.

Dua penerbit eksekutif kanan, Encik Zulkeflee Said dari Primeworks, dan Cik Sabariah Ramilan dari MediaCorp Eaglevision akan menyelia penerbitan tersebut, manakala, Encik Jamal Khan dari Malaysia dipilih sebagai pengarah drama.

Penonton boleh menantikan antara barisan pelakon seperti Nurul Aini bersama Keith Foo, Nora Danish dan Tasha Shila dari Malaysia dan Isti Ayu Pratiwi dari Indonesia.

Berlatar belakang metropolitan Singapura, kehijauan panaroma di Malaysia dan suasana eksotik Bali, Kasih Berbisik, adalah kisah klasik cinta yang tidak kesampaian persahabatan yang menjadi keruh.

Ia mengisahkan kehidupan Imran, seorang arkitek Singapura yang pergi ke Bali untuk bekerja tetapi menemui cinta hatinya, Sulastri, seorang penari Bali.

Imran menyimpan rahsia perkahwinannya dengan Sulastri daripada isteri pertamanya selama enam tahun, Tina. Setahun kemudian, Sulastri melahirkan bayi perempuan bernama Eka.

Pada masa yang sama, Dharma, bekas teman lelaki Sulastri, telah bertekad untuk memiliki Sulastri semula. Perasaan dendam yang membara menguasai diri Dharma apabila beliau mengetahui Imran telah mengahwini Sulastri dan merahsiakan perkahwinan pertamanya daripada Sulastri.

Drama bergelora itu akan ditayangkan di saluran televisyen Malaysia, TV3 dan Singapura, Suria.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:00
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 26
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.