SUDAH lama penyanyi Ombak Rindu, Adira, mengunci mulutnya dan enggan berbicara tentang dirinya yang putus tunang dengan Presiden Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia, Shahrul Nasrun Kamarudin.
Namun di saat bertebaran pula kisah yang mengaitkan penyanyi jelita lagu Knock Knock, Elizabeth Tan, yang dikatakan sebagai orang ketiga, barulah Adira bersuara kepada akhbar Berita Harian Malaysia.