Premium
AISYAH mahu tebar sayap ke KL
Jan 25, 2014 | 12:26 PM

CEKAL MENGORAK LANGKAH: Aisyah Aziz bertekad bulat membangun kerjayanya dalam bidang nyanyian di seberang Tambak, selepas Akademi Fantasia 2013 melabuhkan tirainya. - Foto TUKIMAN WARJI -
PEJAM celik, pejam celik, sudah dua bulan lamanya tirai peraduan realiti 'gempak', Akademi Fantasia 2013 (AF2013), melabuhkan tirainya.
Kata-kata kesat lagi 'menyengat' yang dilontarkan kepada satu-satunya finalis Singapura, Aisyah Aziz, beberapa minit sebelum beliau melangkahkan kaki ke pentas konsert, masih segar di ingatannya.

