Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Aliff minta maaf, isteri mahu berdamai

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hiburan
39
0

Aliff minta maaf, isteri mahu berdamai

Jul 31, 2017 | 06:06 PM



HARYANI ISMAIL



KEMELUT rumah tangga penyanyi dan pelakon asal Singapura, Aliff Aziz telah menuju jalan damai.



Dalam satu sidang akhbar di Hotel Roof Garden du Bukit Jelutong, Shah Alam, semalam, Aliff, 26 tahun, berkata beliau telah meminta maaf kepada isterinya, Bella Astillah, 23 tahun, selepas dibebaskan atas jaminan polis, Sabtu lalu.



Permohonan maafnya pula diterima Bella dengan kededuanya sepakat ingin membina hidup baru bersama cahaya mata mereka yang baru lahir, Mohamad Ayden Adrean.



Sidang akhbar sebentar tadi berlangsung di di lokasi pernikahan Aliff dan Bella pada 9 September lalu.



"Sebagai manusia biasa saya tidak lepas daripada buat kesilapan dan saya akui melakukan perkara itu atas sebab-sebab yang tidak dapat saya jelaskan.



Aliff, yang banyak menggunakan bahasa Inggeris dalam sidang media itu berkata apa yang berlaku adalah satu kesilapan besar dalam hidupnya.



"Saya akan menjadikannya satu iktibar. Saya sangat-sangat kesal," kata Aliff. Beliau juga bersyukur kerana isterinya telah menarik balik laporan yang dibuat.



Beliau juga berkongsi pengalaman semasa berada di lokap selama dua malam yang disifatkan "dua malam yang terlalu panjang" mengakui pengalaman ditahan di lokap, "sangat-sangat menginsafkan" dan membuat beliau begitu sedih.



"Saya mengenang semula apa yang berlaku dan menilai perjalanan hidup saya. Saya berdialog dengan Allah dan merayu. Saya kenang jasa isteri saya. Beliau merupakan seorang yang sabar dan setia dengan saya dan saya tak mahu kehilangannya," kata Aliff.



Dalam kesempatan itu, Aliff turut menafikan sekeras-kerasnya dakwaan memukul isteri dalam kejadian tersebut.



Katanya, kecederaan yang dialami oleh Bella adalah akibat pergelutan yang berlaku antara mereka. Malah dia tidak berniat untuk mencederakan isterinya itu.



"Dakwaan saya pukul isteri seperti yang ditulis di akhbar sangat berat buat saya. Saya tidak pukul Bella, malah kenyataannya di dalam laporan itu hanyalah mengasari tanpa sengaja.



"Saya bukan jenis manusia kaki pukul dan tidak pernah sekalipun memukul siapa-siapa dengan sengaja," ujarnya.



Bella juga mengakui suaminya sebelum ini tidak pernah berkasar terhadapnya bahkan menyifatkan Aliff sebagai "suami yang bertanggungjawab."



Pada Khamis lalu, Aliff di tahan di Balai Polis daerah Cheras untuk siasatan selepas dilaporkan mengasari Bella di sebuah pusat karaoke.



Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang Khamis lalu, Bella, 23, bersama ibunya mencari Aliff dan mendapati dia bersama seorang wanita bernama Nur Afifah Nasir di pusat hiburan tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >