Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Anak tak tau Amy selebriti

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hiburan
39
0

Anak tak tau Amy selebriti

Mar 08, 2014 | 11:24 AM



SI ibu sudah lama menyanyi dan berlakon. Tetapi, anak-anaknya tidak percaya ibu mereka adalah seorang selebriti.


Penyanyi, pelakon dan pengacara Amy Mastura mendedahkan bahawa kededua anak perempuannya tidak mengetahui kerjayanya dalam bidang hiburan selama ini.


Amy atau nama sebenarnya Amy Mastura Suhaimi, 43 tahun, adalah ibu kepada Adriana Tham, 14 tahun, dan Adalia Tham, sembilan tahun. Mereka bertiga telah muncul dalam majalah Mingguan Wanita baru-baru ini.


Amy berkongsi dengan laman akhbar, mStar Online, bahawa anak-anak tidak pernah menonton atau mendengar lagu-lagu nyanyiannya. Justeru, mereka fikir beliau berjenaka apabila Amy memberitahu mereka kerjayanya.


Namun, mereka kini mula percaya kerjaya Amy selepas melihat wajahnya muncul dalam drama dan iklan di televisyen.


Amy telah mengorak langkah dalam bidang hiburan selepas memenangi tempat ketiga dalam peraduan nyanyian Asia Bagus melebihi dua dekad lalu.


Ekoran kemenangan itu, Amy telah menghasilkan album popular seperti Amy Mastura, Pujaanku dan Puteri dan berlakon dalam filem hit Tragedi Oktober dan Puteri Impian.


Beliau pernah memenangi Penyanyi Wanita Popular 1994. Lagu single, Bintang Hati, telah merangkul kategori Lagu Rok Pop Terbaik di Anugerah Juara Lagu.


Pada April depan, Amy telah terpilih sebagai pengacara Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH) bersama Fara Fauzana.


Acara berprestij itu akan menyaksikan pembabitan lebih 50 selebriti daripada pelbagai cabang seni bertema Magis Alam.


Ia akan berlangsung pada 6 April di Arena of Stars, Genting Highlands dan ditayangkan di saluran televisyen Malaysia, TV3.


Selain itu, selebriti Didie Alias dan Awal Ashaari akan tampil menjadi pengacara karpet merah, manakala, pereka fesyen popular, Jovian Mandagie dan Nora Danish, akan memain peranan sebagai pengkritik fesyen.


Amy telah berkongsi rasa gementarnya untuk mengemudi acara tersebut menerusi laman akhbar, mStar Online.


"ABPBH adalah sebuah anugerah yang popular dan ditonton ramai dan sudah tentu saya gementar kerana sudah lama tidak mengacarakan program besar seperti anugerah itu.


"Biarpun gementar tetapi saya sahut cabaran itu dan saya yakin dapat memberikan persembahan terbaik atas kepercayaan pihak penganjur kepada saya,'' kata Amy.


Kali terakhir Amy mengacarakan acara anugerah besar sekitar 15 tahun lalu menerusi Anugerah Juara Lagu bersama Datuk Aznil Nawawi.


Amy yang bakal muncul dengan lagu single terbaru telah mengatakan bahawa beliau bakal menjadi seorang hos selamba.


Amy dan Fara juga belum pernah bergandingan sebagai hos tetapi mereka pernah berlakon dalam teater, Nyonya & The Gang, tahun lalu.


Fara yang dikenali menerusi stesen radio, Era FM dan kini penyampai radio Hot FM, memberitahu akhbar BH B*Pop bahawa perasaannya teruja bercampur gementar untuk bergandingan dengan Amy.


"Saya ada memuat naik gambar kami berdua sebagai hos ABPBH 2013 di Instagram dan setakat ini maklum balas diterima tiadalah negatif. Saya sendiri menyedari gaya Kak Amy yang selamba. Saya pasti, penonton akan terhibur dengan gelagat dan gayanya nanti. Saya pula jadi 'pembimbing Amy ke jalan yang benar'.


"Hal sama saya lakukan semasa bergandingan dengan Johan Raja Lawak dan Zizan Razak di ABPBH lalu. Mereka yang terkenal dengan sikap selamba ini ada saja idea spontan untuk mengusik dan menceriakan suasana. Itu yang seronok," kata Fara yang pernah menjadi pengacara rancangan, Nona, bersama Neelofa.


Penonton boleh menyaksikan barisan penyampai trofi seperti Keith Foo, Aaron Aziz, Almy Nadia, Erra Fazira, Fizz Fairuz, Hanez Suraya, Hisyam Hamid dan ramai lagi.


Beberapa artis termasuk Hafiz, Hazama, Forteen, Adira dan Najwa Latiff bakal beraksi pada malam kemuncak itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >