JUARA rancangan lawak realiti Kolej Komedi, kumpulan B3, telah dibimbing oleh juara Projek Komedi Warna Astro, kumpulan Bora.
Ia satu kemenangan manis buat kededua peserta, B3 dan mentornya, Bora, kerana tidak sangka dapat melangkah jauh dalam pertandingan lawak yang menyaksikan persaingan antara 10 kumpulan peserta.