MEREKA dilahirkan sekitar 25 tahun lalu di saat Pesta Filem Antarabangsa Singapura (ketika itu dikenali sebagai SIFF), baru dikenalkan buat mengubati jiwa penonton setempat yang dahagakan filem-filem kesenian, ringkas atau bebas (indie).
Cukup simbolik tatkala pesta yang kini dijenamakan semula sebagai SGIFF menyambut ulang tahun ke-25 tahun ini, dua karyawan baru dalam industri filem Indonesia, Sekar Sari dan Aditya Ahmad meraih penghargaan sulung mereka.