PELAKON, penerbit dan pengarah terkenal dari Malaysia, Bront Palarae, sangat gembira mendapat peluang terlibat dalam satu siri drama berbahasa Inggeris sepenuhnya terbitan saluran antarabangsa, HBO Asia.
Bront, 37 tahun, atau nama sebenarnya Nasrul Suhaimin Saifuddin, akan berlakon dalam satu siri asli HBO Asia sepanjang lapan episod, Halfworlds, yang akan disiarkan pada hujung tahun ini.